Laman Utama       Mengenai Kami       Maklumbalas       FAQ       Galeri       Kami Prihatin       Hubungi Kami
Destinasi

Berita

There's currently no news.

Hubungi Kami

Tel: 6088-237069, 237269
Faks: 6088-237062
Hotline/Whatsapp/WeChat:
6016-8328069, 6012-8283661, 6016-8326967
E-mel: enquiry@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
Facebook: www.facebook.com/goodearthsabah
Waktu Bekerja:
Isnin-Jumaat: 8.30am - 6.00pm
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
 

Profil Korporat







Good Earth Travel & Tour Sdn Bhd (Company No 672450-H) (KPL/LN 4687) adalah sebuah agensi pelancongan dalam/luar negeri yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada November 2004 dan didaftarkan secara rasminya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia pada March 2007. Berlokasi di Lot 52, Tingkat 2, Block F, Ruang Singgah Mata 3, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.

Walaupun Good Earth hanya ditubuhkan sejak tahun lalu namun pihak pengurusan dan kakitangan kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang meluas dalam bidang ini buat masa yang lama. Pengalaman dan pengetahuan yang terkumpul sepanjang tempoh ini semasa berkerjasama dengan pelbagai agensi pelancongan merupakan satu aset yang berharga di mana ia mendorong dan membantu pasukan Good Earth untuk mencapai matlamat utama syarikat kami iaitu memastikan semua pelanggan kami menikmati pengalaman yang menggembirakan semasa berada di negeri yang indah dan istimewa dengan alam semulajadi yang menakjubkan, kepelbagaian kebudayaan dan keseronokan kegiatan rekreasi di mana keselamatan anda amatlah dititikberat oleh kami.

Berbekalan dengan pengetahuan dan pengalaman yang mendalam terhadap destinasi-destinasi pelancongan, kami akan memberikan informasi-informasi yang tepat dan merealisasikan percutian idaman anda. Anda tidak lagi perlu membuang masa merancangkan dan membimbangkan perkara yang remeh temeh. Serahkan kepada kami dan nikmatilah perlancongan anda. Good Earth membekalkan siri pelancongan yang menarik, autentik dan dirancang khas yang menunjukkan destinasi-destinasi terbaik di Sabah. Kami secara tulus ikhlasnya mempercayai falsafah dan pegangan dengan berbakti akan memperkayakan pengalaman pelanggan kami, ahli pasukan dan masyarakat.

Perkhidmatan kami merangkumi tempahan hotel antarabangsa, kumpulan insentif, lawatan rekreasi, kumpulan pelancongan, pelayaran menikmati matahari terbenam, perkhidmatan feri, kegiatan sukan air, pakej golf dan pengurusan acara.


Lot 52, Tingkat 2, Block F, Ruang Singgah Mata 3, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.