Laman Utama       Mengenai Kami       Maklumbalas       FAQ       Galeri       Kami Prihatin       Hubungi Kami
Visit Malaysia 2014 Tourism Malaysia Malaysian Association of Tour and Travel Agents Sabah Tourism Board
Destinasi

Berita

There's currently no news.

Hubungi Kami

Tel: 6088-237069, 237269
Faks: 6088-237062
Hotline/Whatsapp:
6016-8328069, 6012-8283661, 6016-8326967, 6016-8796967
E-mel: enquiry@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
Facebook: www.facebook.com/goodearthsabah
Waktu Bekerja:
Isnin-Jumaat: 8.30am - 6.00pm
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
 

4 HARI 3 MALAM PAKEJ PERCUTIAN KINABALU

Kod Lawatan: GES-BKI-009      Destinasi: Sabah      Minat: Pakej

(1st Apr 2014 – 31st Mar 2015)

 

Hari 1 : Ketibaan – Makan Tengahari – Lawatan Bandaraya – mendaftar diri di resort – Makan Malam (Penerbangan Ketibaan Sebelum 3pm)

Berjumpa di lapangan terbang, kemudian menuju ke restoran tempatan untuk menikmati makan tengahari dan diteruskan dengan lawatan bandaraya Kota Kinabalu. Antara tempat yang mesti dilawati ialah Bangunan Tun Mustapha (dahulu dikenali sebagai Yayasan Sabah – satu seni bina yang menakjubkan di mana ia merupakan salah satu antara bangunan di dunia yang menggunakan teknologi “bangunan tergantung”); melawat Tokong Cina dan melalui Masjid Negeri Sabah yang memiliki kubah emas yang mengagumkan.

Selepas lawatan bandaraya, meneruskan perjalanan selama 2 jam melalui Banjaran Crocker dengan pemandangan gunung-ganang dan kehijauan alam yang mempersona sepanjang perjalanan ke Kundasang di mana anda akan kagum dengan kemegahan Gunung Kinabalu, gunung keempat tertinggi di rantau Asia Tenggara dan mendaftar diri di Kinabalu Pine Resort, di mana anda akan menikmati makan malam steamboat.

Sarapan: TIDAK Makan Tengahari: YA Makan Malam: YA

Hari 2 : Sarapan – Kolam Air Panas Poring/Canopy Walk – Makan Tengahari – Taman Kinabalu – Kota Kinabalu – Makan Malam – Hotel

Selepas Sarapan, menuju ke Kolam Air Panas Poring yang mengambil masa memandu selama 1 jam dari resort dimana anda boleh merendamkan diri dalam air yang bersulfurik panas yang dikatakan boleh memulihkan penyakit kulit. Di Poring, anda boleh melintasi laluan kanopi (Canopy Walkway) setinggi 41 meter dimana anda dapat menghayati pemandangan Hutan Flora Borneo dan jika anda bernasib baik anda akan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Kemudian kembali ke resort untuk makan tengahari dan menuju ke Taman Kinabalu, Tapak Warisan Dunia yang pertama di Malaysia dan merupakan tempat perlindungan beribu-ribu spesis flora dan fauna, Taman ini juga merupakan syurga bagi para penyelidik dan penggemar alam semulajadi. Di sini anda mempunyai pilihan untuk mengikuti lawatan yang diiringi oleh pemandu pelancong ke Botanical Garden yang merupakan salah satu daripada pelbagai jenis jejak alam di taman itu. Kemudian kembali ke Kota Kinabalu dimana anda boleh mendaftar masuk ke hotel untuk menyegarkan diri sebelum makan malam.

Sarapan: YA Makan Tengahari: YA Makan Malam: YA

Hari 3 : Sarapan – Jeti – Lawatan Pulau + Makan Tengahari BBQ – Jeti – Makan Malam Hidangan Makanan Laut + Persembahan Kebudayaan – Hotel

Selepas Sarapan, menuju ke Jeti dan menaiki bot ke Pulau Sapi, salah satu daripada lima pulau dalam Taman Tunku Abdul Rahman yang dikurniakan pantai pasir putih tulen menjadikan ia destinasi percutian terkenal untuk menenangkan diri atau menyertai pelbagai aktiviti sukan air seperti jet skiing, snorkeling, aquatic flying fish, banana boating dan parasailing. Kemudian makan tengahari, makanan laut BBQ akan dihidangkan. Selepas makan tengahari, berangkat balik ke hotel dengan menaiki bot untuk berehat. Kemudian berangkat ke bandar Kota Kinabalu dimana anda akan menikmati makan malam makanan laut terkenal di Sabah disertai dengan persembahan kebudayaan yang menarik.

Sarapan: YA Makan Tengahari:YA Makan Malam: YA

Hari 4 : Sarapan – Lapangan Terbang

Selepas sarapan, aktiviti bebas sehingga masa berangkat ke lapangan terbang.

Sarapan: YA Makan Tengahari: TIDAK Makan Malam: TIDAK

HARGA BERSIH (RINGGIT MALAYSIA) SEORANG

Jumlah Orang
---------------------------
Kategori Hotel

2-3 Dewasa 4-5 Dewasa 6-7 Dewasa 8-10 Dewasa

Budget (Dorm)
Rainforest Lodge
(31/12/14)

1079 819 739 709
3* Hotel
Kinabalu Daya
Cititel Express 
1139 879 789 769

3* Hotel
Gaya Centre

1159 899 819 789
4* Hotel 
Ming Garden Hotel
Promenade Hotel
1229 969 889 859
5* Hotel
Le Meridien
1359 1099 1019 989
5* Hotel
The Pacific Sutera
1409 1149 1059 1039
Harga Termasuk Lawatan, Pengangkutan, Makan yang dinyatakan, Bayaran Kemasukan, Pemandu Pelancong, Tip kepada Pemandu Pelancong dan Pemandu bas dan 3 Malam penginapan (Twin Sharing basis).
Harga Tidak Termasuk Tiket Penerbangan, Bayaran tambahan hotel dan item yang tidak dinyatakan.
Harga di atas boleh berubah tanpa sebarang pemberitahuan.

Kembali