3 Hari 2 Malam Percutian Rawatan Borneo
|
Kod Lawatan: GES-P-009
Destinasi: Sabah
Minat: Pakej
|
|
|
| Kasih Sayang Boutique Health Resort & Spa (Resort Kasih Sayang) terletak di Bukit Kokol, iaitu di pinggir Banjaran Crocker. Ia adalah tempat peranginan dan penginapan yang popular untuk berehat dan memberi tenaga baru kepada mental, fizikal dan jiwa. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke resort ini adalah kira-kira 45 minit menggunakan kereta. Resort ini berlokasi di kawasan yang sunyi dan merupakan tempat penginapan tersembunyi. Semasa berada di resort ini, anda dapat menghayati permandangan Bandaraya Kota Kinabalu, Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu yang ajaib. Resort ini terletak pada 2,400 ketinggian di atas permukaan laut, suhu udaranya adalah 18°C ke 25°C. Pakej ini adalah khas untuk pelancong menikmati proses pembersihan tubuh, tenangkan minda dan akhirnya bertenaga semula. Makanan organik, nutrisi, sedap dan unik akan yang disediakan dengan perasaan penuh kasih sayang dalam sepanjang percutian ini. Anda juga diberikan perkhidmatan pengurutan tubuh selama satu jam. Untuk maklumat lanjut, sila email atau hubungi pihak kami. |
|
Kembali
|