Pilih Bahasa:
Inggeris | Bahasa Malaysia | Bahasa Cina

Laman Utama

Mengenai Kami

Sabah

Sarawak

Borneo

Komen / Maklumbalas

FAQ

Galeri

Hubungi Kami

Promosi

Hubungi Kami

Tel: 6088-237269, 237069
Faks: 6088-237062
Hotline: 6016-8328069, 6016-8326967
E-mel: info@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
 

3 Hari 2 Malam Lawatan Memerhati Hidupan Liar Tabin

Kod Lawatan: GES-P-008      Destinasi: Sabah      Minat: Pakej

Hari Pertama

Bertolak dari Lahad Datu dan menuju ke Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Tabin melalui jalan berkelikir yang memakan masa satu jam. Daftar masuk ke banglo kayu Resort Hidupan Liar Tabin yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti beranda peribadi dan mandi hujan panas. Di sini, anda akan  menikmati keadaan hidup yang senang walaupun berada dalam  hutan. Resort ini  yang terletak di tepi sungai Lipad dan juga di tengah hutan tropika, lokasi yang strategik ini memberi peluang untuk pelawat sering terserempak  dengan beraneka spesis  burung,  serangga dan haiwan kecil. Selain itu, anda juga boleh menemui pelbagai tumbuhan herba yang mendiami hutan tropika, sebahagian daripadanya adalah spesis endemik dimana telah digunakan oleh masyarakat tempatan turun-temurun untuk merawat pelbagai penyakit ringan.

Pada waktu tengah hari, kunjungi kawasan lumpur gunung api Lipad, banyak haiwan suka menjilat lumpur yang mengandungi garam mineral ini. Selepas menjelajah selama 20 minit, sampai di kawasan lumpur gunung api. Anda boleh cuba meneka haiwan apa yang pernah datang ke tempat ini berdasarkan tapak kakinya. Anda boleh mencuba mandi di lumpur gunung api yang dipercayai mampu mencerahkan kulit agar bersih berseri. Panjat ke atas pondok pemantau dan hayati permandangan kawasan lumpur gunung api gondol dan bandingkan dengan  hutan tropika tebal di sekelilingnya. Di sini anda juga dapat menemui spesis burung yang berlainan.

Selepas makan malam, tonton tayangan yang memperkenalkan keunikan Tabin. Seterusnya menjelajah ke hutan  untuk menemui pelbagai spesis hidupan liar malam dan burung. Jangan lupa menghayati keindahan langit malam Tabin yang penuh dengan bintang bertaburan, kenalpasti buruj bintang sambil membuat hajat anda.

Hari Kedua

Sebagai pilihan anda boleh mengikuti rombongan menjelajah hutan pada waktu subuh untuk menemui hidupan liar yang aktif pada masa ini (tidak termasuk dalam pakej).Turut serta rombongan memerhati burung di mana Tabin kaya dengan pelbagai spesis burung dan terdapat lebih kurang 300 spesis burung menghuni hutan simpanan ini . 

Selepas sarapan, terokai hutan yang terkenal dengan kepelbagaian tumbuhan dan haiwan dan kunjungi Air Terjun Lipad. Air yang sejuk dalam kolam semulajadi ini sungguh mendamaikan perasaan. Sebagai aktiviti pilihan, anda boleh meneroka alam kehijauan  di sekitar atau bersantai dan berehat di tempat berhampiran.

Waktu petang  anda boleh cuba menikmati Perkhidmatan Rendam Kaki Hutan Tabin dimana air rawatan itu dicampur dengan herba rahsia terpilih, untuk melegakan otot-otot yang tegang  selepas aktiviti penjelajahan hutan.

Hari Ketiga

Selepas sarapan, bersiar-siar ke kawasan batu berhampiran di mana  monyet macaques atau haiwan kecil sering ditemui. Sebelum meninggalkan Tabin, anda boleh berenang di sungai atau bersantai sambil menghayati bunyi-bunyi semulajadi di sini.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Tamat Lawatan~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Lawatan ini termasuk :  

Pengankutan ulang-alik Lahad Datu/Tabin/Lahad Datu yang berjadual, penginapan, hidangan yang disebutkan,
pemandu pelancong dan aktiviti.

   
Barang harus dibawa  :

Penghalau serangga, baju lengan panjang, seluar panjang, pakaian hujan,topi cegah matahari,baju renang, kasut sukan yang selesa,lampu suluh, air botol dan kelengkapan diri. stoking cegah lintah dijual di kedai resort.

* Perhatian : Aktiviti akan diubahsuaikan dengan perubahan cuaca untuk mencapai tahap operasi terbaik.

Kembali

Tourism Malaysia Malaysian Association of Tour and Travel Agents Sabah Tourism Board