Pilih Bahasa:
Inggeris | Bahasa Malaysia | Bahasa Cina

Laman Utama

Mengenai Kami

Sabah

Sarawak

Borneo

Komen / Maklumbalas

FAQ

Galeri

Hubungi Kami

Promosi

Hubungi Kami

Tel: 6088-237269, 237069
Faks: 6088-237062
Hotline: 6016-8328069, 6016-8326967
E-mel: info@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
 

7 Hari 6 Malam Lawatan Hidupan Liar Borneo

Kod Lawatan: GES-P-007      Destinasi: Sabah      Minat: Pakej

Pengenalan

Lawatan 7 Hari 5 malam Hidupan Liar Borneo ini merupakan pakej lawatan pengembaraan yang amat direkomankan. Pakej lawatan ini diatur khas  untuk membolehkan pelawat menghayati keindahan semulajadi dan hidupan liar Borneo dengan kaedah tersusun.

Hari Pertama : Kota Kinabalu/ Taman Kinabalu

Berangkat dari Kota Kinabalu dan memandu selama 2 jam menuju ke Taman Kinabalu melalui rabung Banjaran Crocker. Menikmati permandangan kehijauan gunung-ganang yang mengagumkan semasa menghala ke Taman yang terletak pada ketinggian 1524 meter dari permukaan laut. Menjelajah ke hutan tropika Montane Oak dan Chesnut. Taman Kinabalu merupakan syurga botani yang kaya dengan ribuan spesis orkid, rhododendrons dan pither. Kehidupan burung di sini juga mempesonakan, kebanyakan spesis burung adalah spesis montane, termasuk juga spesis endemik. Bermalam di Wildlife Mountain Lodge.

Hari Kedua : Air Panas Poring/ Taman Kinabalu

Memandu selama satu jam menuju ke Air Panas Poring yang terletak di hujung selatan Taman Kinabalu. Tumbuh-tumbuhan di kawasan Poring adalah hutan tanah rendah dipterokap bukit. Ini adalah tempat paling sesuai untuk menghayati kehidupan burung dan haiwan yang menghuni di tanah rendah. Dengan melalui satu laluan hutan yang agak pendek anda akan sampai ke laluan Kanopi di mana anda berpeluang menghayati permandangan panoramik hutan tropika. Laluan Kanopi ini yang tergantung di antara pokok pada ketinggian 40 meter. Disini  anda boleh melihat pergerakan hidupan liar. Balik dan bermalam di  Wildlife Mountain Lodge.

Hari Ketiga : Gua Gomantong/  Sukau / Sungai Kinabatangan

Memandu menghala ke timur menuju ke Sandakan district. Perjalanan ini kira-kira 4 jam melalui permandangan kampung yang sungguh mempesona. Melawat Gua Gomantong di mana terdapat sarang burung, sejenis makanan istimewa. Sarang burung gua ini dikutip sejak berabad lalu. Haiwan yang menghuni di gua ini termasuk ribuan kelawar. Hutan di sekitar gua ini  kaya dengan pelbagai spesis burung seperti crested serpent eagles, kingfishers, asian fairy bluebirds dan leaf birds juga boleh terserampak.  Meneruskan lawatan ke kampung Sukau yang terletak di tepi Sungai Kinabatangan, sini adalah kawasan tumpuan hidupan liar terbesar di Malaysia,  mungkin juga di kepulauan Borneo. Bermalam di Sukau River Lodge yang bersuasana tradisional.

Hari Keempat : Sungai Kinabatangan

Pelayaran pada siang hari untuk menemui pelbagai spesis hidupan liar seperti orang utan,monyet macaques,monyet red and silver leaf, gajah, burung enggang, buaya ,kucing civet, berang-berang dan haiwan yang paling popular iaitu: monyet Probosics. Spesis monyet ini hanya terdapat di Borneo. Monyet Jantan mempunyai hidung yang besar dan melengkung, perut besar ,ekor yang tebal dan berwarna putih dan kaki yang berkulit selaput. Spesis burung yang menghuni di sini seperti burung bangau, burung pekaka, oriental darter, beberek, burung enggang dan banyak lagi.Bermalam di Sukau River Lodge.

Hari Kelima : Pulau Penyu Libaran

Memandu 2 jam menuju ke daerah Sandakan dan menaiki bot menghala ke Pulau Libaran selama satu jam. Menikmati permandangan pesisiran pantai tropika yang dihuni oleh pelbagai hidupan liar. Menaiki bot untuk melawat ke hutan bakau pada waktu petang untuk melihat tupai, monyet, bearded pigs, tenggiling, sea eagle, burung enggang,burung pucung ,sandpiper,burung merpati,bulbuls, bablers, flycatcher swiftlets dan sunbird. Di sebuah pulau kecil yang berhampiran dengan Pulau Libaran anda mungkin dapat menjumpai Megapode, sejenis burung yang rupanya macam ayam, bertelur di dalam timbunan pasir tepi pantai. Bermalam di Libaran Island Lodge yang menghadapi dengan laut.

Hari Keenam : Pulau Penyu Selingan

Menaiki bot menuju ke Pulau Selingan yang berhampiran dimana Taman Marin ini adalah tempat penyu bertelur yang paling penting di Asia Tenggara.  Setiap malam pelancong berpeluang menonton Penyu Green Turtles bersaiz besar mendarat dan bertelur di pantai. Penyu menggali lubang dengan kaki siripnya untuk meletakkan telur-telurnya. Setiap ekor penyu boleh bertelur sehingga 100 biji. Ranger akan memindahkan telur ini ke alat mengeramkan telur yang terletak di Pusat Penetasan Telur Penyu. Selepas 50-60 hari, telur menetas dan anak penyu bergerak pantas untuk balik semula ke laut. Walaubagaimanapun hanya 3 % anak penyu dapat terus hidup, kebanyakan mati disebabkan penyakit atau dimakan oleh haiwan lain. Sekiranya penyu betina berjaya  terus hidup, ia akan balik ke pantai asal  ia dilahirkan untuk bertelur selepas 20 tahun. Begitulah kitaran hidup penyu yang berterusan. Bermalam di Selingan Island Chalet..

Hari Ketujuh : Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok/ kota Kinabalu

Berangkat balik ke  benua Sandakan dan sampai ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok selepas perjalanan yang pendak. Pusat ini didirikan pada 1964 untuk membantu orang utan yang ditangkap belajar cara hidup di liar seperti memanjat dan menyara diri. Tujuannya adalah berharap orang utan ini boleh balik ke hutan pada suatu hari nanti. Semasa proses pemulihan dijalankan,Orang Utan yang separuh liar ini akan balik  ke pelantaran pusat ini  untuk menikmati susu dan pisang yang dibekalkan oleh ranger dua kali setiap hari . Pelawat boleh memerhatikan gaya orang utan  dan mengambil gambar bersamanya dengan jarak dekat. Berangkatbalik ke Lapangan Terbang Sandakan untuk menaiki Pernebangan petang balik ke Kota Kinabalu dan seterusnya naik penerbangan balik ke negara masing-masing.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Lawatan Tamat ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Kembali

Tourism Malaysia Malaysian Association of Tour and Travel Agents Sabah Tourism Board