| Hari Pertama : Ketibaan - Makan Tengah Hari - Lawatan Bandaraya - Hotel Tiba di Lapangan Terbang, makan tengah hari di restoran tempatan, selepas itu menuju ke bangunan Tun Mustapha yang dulu dikenali sebagai Yayasan Sabah. Ia merupakan salah satu antara beberapa bangunan di dunia, berstruktur secara bergantung yang ajaib. Mengunjungi Tokong Cina dan melalui Masjid negeri Sabah mempunyai kubah emas yang mengagumkan. Selepas lawatan, daftar masuk ke Hotel. Hari Kedua : Sarapan - Kunjungi pulau - Makan tengah hari BBQ - KK - Hotel Berangkat dari hotel pada jam 8.30 pagi, menaiki bot dari jeti menuju ke Pulau Sapi. Pulau Sapi dikurniakan dengan pantai pasir putih tulen. Sampai di Pulau Sapi, anda akan lihat ikan tropika berenang di antara terumbu karang yang indah dan bertemu dengan monyet Macaque serta burung-burung di mana anda merasai kemesraan alam semulajadi yang sempurna ini. Anda boleh menyelam ke dalam laut untuk menghayati keindahan terumbu karang. Untuk makan tengah hari, BBQ makanan laut disediakan di pantai berpasir putih. Jika anda sudah buat persediaan, pelbagai aktiviti sukan laut boleh dijalankan seperti jetski, snorkeling, aquatic flying fish, banana boat dan parasailing. Selepas kunjungan sehari ke Pulau Sapi, menuju ke jeti dan berangkat balik ke hotel. Hari Ketiga : Sarapan - Kampung Air Mengkabong - Makan Tengah Hari - Monyet Proboscis Klias + Makan Malam - Hotel Berangkat dari hotel waktu pagi, memandu 30 minit sampai di Kampung Air Mengapong, Tuaran. Anda akan berjumpai salah satu kaum asli di Sabah iaitu Kaum Bajau.Rumah mereka diperbuat daripada kayu dan terletak di atas tiang-tiang tinggi di tepi laut. Kebanyakan Bajau di sini adalah nelayan, juga digelar sebagai "Gypsies Laut Borneo "(Kaum Pengembara Laut). Singgah di kilang barang tembikar untuk membeli barangan buatan tempatan. Selepas makan tengah hari, menuju ke Pusat Pelindungan Monyet Proboscis Klias. Nikmati jamuan ringan yang menghidangkan pelbagai kuih-muih Melayu tradisi sebelum pelayaran. Semasa belayar masuk ke hutan bakau, anda menemui satu dunia yang berlainan dan menghayati permandangan habitat Monyet Proboscis yang mengagumkan. Monyet Proboscis jantan mempunyai hidung panjang yang melengkung ke bawah, berpusing ekornya untuk menarik perhatian monyet betina untuk mengawan. Menghayati keindahan sinaran yang dipancarkan oleh kelip-kelip. Selepas pelayaran, selera anda akan digoda oleh lauk-pauk Melayu yang sedap. Selepas menikmati makan malam sambil menghayati permandangan hutan bakau, balik ke hotel. Hari Keempat : Sarapan - Lapangan Terbang Selepas sarapan, masa untuk aktiviti bebas atau membeli-belah buat kali terakhir sehingga tiba masa berangkat ke Lapangan Terbang. |