Pilih Bahasa:
Inggeris | Bahasa Malaysia | Bahasa Cina

Laman Utama

Mengenai Kami

Sabah

Sarawak

Borneo

Komen / Maklumbalas

FAQ

Galeri

Hubungi Kami

Promosi

Hubungi Kami

Tel: 6088-237269, 237069
Faks: 6088-237062
Hotline: 6016-8328069, 6016-8326967
E-mel: info@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
 

4 Hari 3 Malam Percutian Kinabalu 1

Kod Lawatan: GES-P-002      Destinasi: Sabah      Minat: Pakej

Hari Pertama : Ketibaan - Makan Tengah Hari - Lawatan Bandaraya - Hotel

Setelah ketibaan di Lapangan Terbang, makan tengah hari di restoran tempatan, selepas itu menuju ke bangunan Tun Mustapha, dulu dikenali sebagai Yayasan Sabah, ia merupakan salah satu antara beberapa bangunan berstruktur secara bergantung di dunia yang ajaib, mengunjungi Tokong Cina dan melalui Masjid Negeri Sabah mempunyai kubah emas yang mengagumkan. Selepas lawatan, daftar masuk ke Hotel.

Hari Kedua : Sarapan - Kunjungi Pulau - Makan Tengah Hari BBQ - KK - Hotel

Berangkat pada jam 8.30 pagi dari hotel, menaiki bot dari jeti  menuju ke Pulau Sapi. Pulau Sapi dikurniakan dengan pantai pasir putih tulen. Sampai di Pulau Sapi, anda akan nampak ikan tropika berenang di antara terumbu karang yang indah dan bertemu dengan monyet Macaque serta burung-burung di mana  anda merasai kemesraan  alam semulajadi yang sempurna ini. Anda boleh menyelam ke dalam laut untuk menghayati keindahan terumbu karang. Untuk  makan tengah hari BBQ makanan laut disediakan di pantai berpasir putih. Jika anda sudah buat persediaan , pelbagai aktiviti  sukan laut  boleh dijalankan seperti jetski, snorkeling, aquatic flying fish, banana boat dan parasailing. Selepas kunjungan sehari ke Pulau Sapi, menuju ke jeti dan berangkat balik ke hotel.

Hari Ketiga : Sarapan - Masa bebas - Makan tengah hari - Taman Hidupan Liar Lok Kawi - Makan malam makanan laut+ Persembahan Kebudayaan - Hotel

Selepas sarapan anda boleh menikmati kemudahan hotel atau membeli-belah di sekitar. Pukul 12.00 tengah hari, berjumpa di lobi hotel dan menuju ke restoran Cina untuk menikmati makan tengah hari masakan Cina. Selepas makan, memandu selama 30 minit untuk sampai ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Di sini, anda boleh memerhati haiwan mamalia - Orang Utan. Orang Utan berasal dari Borneo dan kini menghadapi krisis pupus. Anda berpeluang melihat gelagat orang utan secara dekat dan habitatnya. Gelagat dan aksi lucu Orang Utan yang berada di habitat semulajadinya merupakan kemuncak pada lawatan ini.  Jangan lepaskan peluang anda  untuk mengambil gambar bersama orang utan sebagai kenangan terindah.  Selepas lawatan tamat, balik ke KK untuk menikmati  makan malam makanan laut sambil menonton persembahan tarian kebudayaan. Selepas makan malam, balik ke hotel

Hari Keempat : Sarapan - Lapangan Terbang

Selepas sarapan, bersiar-siar bebas dan membeli-belah minit terakhir sehingga berangkatbalik ke Lapangan Terbang.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Lawatan Tamat ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Kembali

Tourism Malaysia Malaysian Association of Tour and Travel Agents Sabah Tourism Board