Laman Utama       Mengenai Kami       Maklumbalas       FAQ       Galeri       Kami Prihatin       Hubungi Kami
Visit Malaysia 2014 Tourism Malaysia Malaysian Association of Tour and Travel Agents Sabah Tourism Board
Destinasi

Berita

There's currently no news.

Hubungi Kami

Tel: 6088-237069, 237269
Faks: 6088-237062
Hotline/Whatsapp:
6016-8328069, 6012-8283661, 6016-8326967, 6016-8796967
E-mel: enquiry@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
Facebook: www.facebook.com/goodearthsabah
Waktu Bekerja:
Isnin-Jumaat: 8.30am - 6.00pm
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
 

Via Ferrata - Tertinggi di dunia dan Pertama di Asia di Gunung Kinabalu

Kod Lawatan: GES-HA-004      Destinasi: Sabah      Minat: Warisan/Pengembaraan/Berakit

Pengalaman pengembara yang sungguh istimewa!

Mountain Torq via Ferrata adalah laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, ia adalah laluan pendakian yang pertama dibina di Asia dan yang tertinggi di dunia (atau "Jalan besi"dalam Bahasa Itali). Laluan ini terletak pada aras ketinggian 3,200m ke 3,800m, via ferrata terletak berhampiran dengan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia Borneo. Gunung Torq membolehkan pendaki-pendaki daripada semua peringkat umur untuk mendaki di permukaan berbatu  Gunung Kinabalu,  laluan pilihan ini memberi peluang kepada  pendaki untuk menikmati keindahan pemandangan gunung dari pelbagai sudut yang berlainan.

Apakah itu via ferrata?

Via Ferrata adalah laluan pendakian yang dilengkapi dengan  tangga dan kabel dipasang  pada  permukaan berbatu, membuka satu jalan yang terlindung untuk memastikan semua pendaki dapat melaluinya. Di sini pendaki berpeluang menikmati  pemandangan  gunung yang indah di mana biasanya hanya dapat dinikmati oleh pendaki batu atau penduduk gunung sahaja. Mountain Torq via ferrata memberi peluang kepada pendaki merasai keseronokan mendekati Gunung Kinabalu dan menghayati permandangan puncak dan lembah yang sungguh ajaib.

Aktiviti-aktiviti Via Ferrata Yang Menyeronokkan 

Mountain Torq memberi pilihan laluan pendakian dari tahap mula belajar ke tahap pertengahan, setiap laluan mengambil masa kira-kira 2-5 jam. Anda boleh memilih laluan yang sesuai dengan anda dari senarai kami.

  1. Mendaki Torq (Walk the Torq)

    Mulakan langkah anda pada via ferrata yang tertinggi di dunia dan belajar mendaki Torq.

    Acara kemuncak:

    • 6m Jambatan Monyet
    • 430m jarak pendakian batu

    Gred : Mudah dan sesuai untuk pendaki baru belajar.
     
  2. Pusingan Puncak  Low's (The Low's Peak Circuit)

    Mendaki ke Puncak Low's. Semasa menurun gunung, melalui via ferrata untuk menikmati permandangan ajaib dan terokai laluan ini dengan ditemani jurulatih.

    Acara kemuncak:

    • Laluan pendakian baru untuk menghayati Gunung Kinabalu
    • Via Feratta yang tertinggi di dunia
    • Kepanjangan via feratta adalah 763m
    • Termasuk mendaki Torq

    Gred : Agak susah dan memerlukan fizikal badan yang kuat, sesuai untuk pendaki yang tegap, tidak takut pada ketinggian.

  3. Mukadimah (The Preamble)

    Mendaki permukaan berbatu tegak pada via ferrata dan menikmati permandangan panoramik hutan Kinabalu. Menamatkan via feratta dengan mendaki ke titik penamat Puncak Selatan, iaitu puncak Gunung Kinabalu yang paling prolifik.

    Acara kemuncak:

    • 8m 3 kabel jambatan Nepalese
    • 22m jambatan bergantung pada 3,600m
    • Termasuk mendaki Torq

    Gred : Agak susah atau memerlukan fizikal badan yang kuat, sesuai untuk pendaki yang tegap.

Adakah Anda Tahu?

  • Terletak pada aras 3,800m, Mountain Torq adalah via feratta tertinggi di dunia dan pertama dibina di Asia
  • Waktu perang dunia pertama, tentera menggunakan via feratta untuk menyeberangi Banjaran Gunung Italian
  • Sesiapa sahaja berumur antara 10 hingga 70 boleh mendaki Mountain Torq via ferrata
  • Mountain Torq adalah pusat latihan pendakian gunung pertama di Asia Tenggara.
  • Mountain Torq terletak di Gunung Kinabalu, tapak warisan sedunia yang terkenal dengan kekayaan kepelbagaian  tumbuhan dan haiwan.

 

Kembali