Pilih Bahasa:
Inggeris | Bahasa Malaysia | Bahasa Cina

Laman Utama

Mengenai Kami

Sabah

Sarawak

Borneo

Komen / Maklumbalas

FAQ

Galeri

Hubungi Kami

Promosi

Hubungi Kami

Tel: 6088-237269, 237069
Faks: 6088-237062
Hotline: 6016-8328069, 6016-8326967
E-mel: info@goodearthsabah.com
Laman: www.goodearthsabah.com
 

4 Hari 3 Malam Sandakan Safari Ekstravaganza

Kod Lawatan: GES-B-004      Destinasi: Sabah      Minat: Bandaraya/Alam Semulajadi/Hidupan Liar

Hari Pertama

  • Berjumpa di Lapangan Terbang Sandakan dan pergi ke Jeti Sandakan.
  • Menuju Pulau Selingan Penyu dengan menaiki bot selama 45 minit.
  • Setelah sampai, daftar dengan pihak pntadbiran pulau dan masuk ke chalet masing-masing.
  • Nikmati makan tengah hari di Kafeteria. Selepas itu, anda boleh mnjalankan aktiviti snorkeling atau berehat di pantai dengan sesuka hati.
  • Makan malam akan disediakan pada waktu petang.
  • Pada waktu malam, tunggu panggilan dari ranger untuk memerhatikan penyu melahirkan telur di pantai sehingga ranger memindahkan telur ke Pusat Penetasan Telur Penyu.Jika anda bernasib baik, anda boleh menimba pengalaman untuk melepaskan anak penyu ke laut.
  • Bermalam di chalet Pulau.
    (chalet biasa atau dilngkapi bilik air)

Hari Kedua

  • 7.00 pagi - Bertolak balik dari Pulau ke Sandakan.
  • Sarapan dihidangkan di restoran tempatan.
  • Menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre) yang jaraknya lebih kurang 30 minit.
  • Setelah sampai, pergi k pelantaran beri makanan yang bergerak secara bebas. Anda dikelilingi oleh hutan Dipterocarp Tanah Rendah Tropika. Pada pukul 10 pagi, perhatikan kakitangan pusat memulihkan orang utan liar yang berhabitat di persekitaran hutan.
  • Selepas melawat pusat pemulihan, pergi ke Jeti Sandakan.
  • Pada waktu tengah hari, belayar sepanjang Sungai Kinabatangan selama satu jam, anda akan menikmati pemandangan hidupan liar paya bakau.
  • Makan tengah hari dihidangkan di Restoran Abai Jungle.
  • Selepas makan, anda diberi masa untuk bersiar-siar ikut laluan pejalan kaki ke dalam hutan paya bakau sebelum pelayaran sungai hidupan liar - Wildlife River Cruise. Semasa pelayaran, anda berpeluang menerokai hutan paya bakau untuk menemui Monyet Proboscis, spesis yang hanya terdapat di Borneo. Anda juga dapat melihat hidupan liar yang berhabitat di langit atau sungai. 
  • Daftar masuk ke Sukau Riverside Lodge.
  • Makan malam dihidangkan di restoran.
  • Bermalam di dalam Lodge.

Hari Ketiga

  • Pada awal pagi, naik bot menuju ke Tasik Ladam (Ox Bow). Sepanjang pelayaran di sungai yang terpanjang di Sabah ini, anda boleh melihat pelbagai hidupan liar dan menghayati pemandangan yang menwan hati. 
  • Selepas pelayaran, balik untuk menikmati sarapan.
  • Masa beraktiviti bebas sehingga makan tengah hari.
  • Selepas itu, ikuti satu lagi pelayaran sungai yang menakjubkan.
  • Makan malam dihidangkan di restoran.
  • Bermalam di Sukau Riverside Lodge.

Hari Keempat

  • Sarapan dihidangkan di restoran.
  • Selepas sarapan, balik ke Bandar Sandakan dengan menaiki bot.
  • Di bandar, hayati pemandangan panoramik di Tokong Cina Puh Jih Syh.                                                                   
  • Makan tengah hari di restoran.
  • Selepas makan, berangkat balik ke lapangan kapal terbang.

- Lawatan Tamat-

Lawatan ini termasuk :
1 malam penginapan di chalet pulau (chalet biasa atau dilengkapi bilik air), 2 malam di Sukau Riverside Lodge, pengangkutan ulang-alik, pengangkutan bot ulang-alik, pelayaran bot, pemandu pelancong, bayaran masuk, 4 makan tengah hari, 3 makan malam dan 3 sarapan. (Tidak termasuk bayaran kamera dan video kamera)

Barang harus dibawa :
Memakai T-Shirt yang selesa dengan seluar panjang atau pendek, kasut yang bagus, penghalau serangga, baju hujan, topi, binokular, krim pelindung cahaya matahari.

PENTING

  1. Sila ambil perhatian bahawa Taman Negara Sabah hanya membenarkan pelawat mengambil gambar penyu tanpa menggunakn flash. Video/ video kamera digital tidak dibenarkan.
  2. Taman Sabah juga tidak membenarkan pelawat bersiar-siar di sekeliling pulau bersendirian dari 6 petang hingga 6 pagi.

Kembali

Tourism Malaysia Malaysian Association of Tour and Travel Agents Sabah Tourism Board