|
 | Hari Pertama -
Berjumpa di Lapangan Terbang Sandakan dan bergerak ke Jeti Sandakan. -
Menuju ke Pulau Selingan Penyu dengan menaiki bot selama 45 minit. -
Setelah sampai, daftar dengan pihak pentadbiran pulau dan masuk ke chalet masing-masing. -
Nikmati makan tengah hari di Kafeteria. Selepas itu, anda boleh menjalankan aktiviti snorkeling atau berehat di pantai dengan sesuka hati. -
Makan malam akan disediakan pada waktu petang. -
Pada waktu malam, tunggu panggilan dari ranger untuk memerhati proses penyu melahirkan telur di pantai sehingga ranger memindahkan telur ke pusat penetasan Telur Penyu. Jika anda bernasib baik, anda berpeluang untuk melepaskan anak penyu ke laut. -
Bermalam di chalet Pulau. Hari Kedua -
7.00 pagi - balik ke Sandakan. -
Sarapan dihidangkan di restoran tempatan. -
Bergerak ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre) yang mengambil masa 30 minit dari Bandar Sandakan. -
Setelah sampai, pergi ke pelantaran beri makanan dimana anda boleh bergerak secara bebas. Anda dikelilingi oleh hutan Dipterocarp Tanah Rendah Tropika. Pada pukul 10 pagi, perhatikan kakitangan pusat menjalankan aktiviti pemulihan orang utan liar yang berhabitat di persekitaran hutan. -
Selepas lawatan pusat pemulihan, bergerak ke Jeti Sandakan. -
Pada waktu tengah hari, belayar sepanjang Sungai Kinabatangan selama satu jam, anda akan menikmati pemandangan hidupan liar di paya bakau. -
Makan tengah hari dihidangkan di Restoran Abai Jungle. -
Selepas makan, anda diberi masa untuk bersiar-siar ikut laluan pejalan kaki ke dalam hutan paya bakau sebelum pelayaran sungai hidupan liar. Semasa pelayaran, anda berpeluang menerokai hutan paya bakau untuk melihat Monyet Proboscis, spesis yang hanya terdapat di Borneo. Anda juga dapat melihat hidupan liar yang berhabitat di langit atau di sungai. -
Daftar masuk di Sukau Riverside Lodge. -
Makan malam dihidangkan di restoran. -
Bermalam dalam Lodge. Hari Ketiga - Sarapan pagi dihidangkan di restoran.
- Selepas sarapan, balik ke Bandar Sandakan dengan menaiki bot.
- Semasa berada di Bandar Sandakan, hayati pemandangan panoramik di Tokong Cina Puh Jih Syh.
- Makan tengah hari di restoran.
- Selepas makan tengah hari, berangkat ke lapangan kapal terbang.
|  | - Lawatan Tamat - Lawatan ini termasuk : 1 malam penginapan di chalet Pulau (chalet biasa atau dilengkapi bilik air), 1 malam penginapan di Sukau Riverside Lodge, pengangkutan ulang-alik, pengangkutan bot, pemandu pelancong, pelayaran bot, bayaran masuk, 3 makan tengah hari, 2 makan malam dan 2 sarapan.(Bayaran kamera dan vido tidak termasuk) Barang harus dibawa : Memakai T-Shirt yang selesa, seluar panjang atau pendek, kasut yang bagus, penghalau serangga, baju hujan, topi, binokular, krim pelindung cahaya matahari. PENTING - Sila ambil perhatian bahawa Taman Sabah hanya membenarkan pelawat mengambil gambar penyu dengan tidak tekan flash. Video/ Kamera Digital tidak dibenarkan.
- Taman Sabah juga tidak membenarkan plawat bersiar-siar di sekeliling pulau bersendirian dari pukul 6 petang hingga 6 pagi.
|