2 Hari 1 Malam di Pulau Selingan Penyu & Sepilok
|
Kod Lawatan: GES-B-002
Destinasi: Sabah
Minat: Bandaraya/Alam Semulajadi/Hidupan Liar
|
|
|
| Hari Pertama -
Berjumpa di Lapangan Terbang Sandakan dan bertolak k Jeti Sandakan. -
Menuju ke Pulau Selingan Penyu dengan menaiki bot selama 45 minit. -
Setelah sampai, daftar dengan pihak pentadbiran pulau dan masuk ke chalet masing-masing. -
Nikmati makan tengah hari di Kafeteria. Selepas itu, anda boleh menjalankan aktiviti snorkeling atau bersantai di tepi pantai. -
Makan malam akan disediakan pada waktu senja. -
Pada waktu malam, tunggu panggilan dari ranger untuk memerhatipenyu melahirkan telur di pantai sehingga ranger memindahklan telur ke Pusat Penetasan Telur Penyu. Jika anda bernasib baik, anda bolh menimba pengalaman untuk melepaskan anak penyu ke laut. -
Bermalam di chalet pulau. Hari Kedua -
7.00 pagi - Bertolak balik dari pulau ke Sandakan. -
Sarapan dihidangkan di restoran tempatan. -
Bertolak ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre) yang jauhnya lebih kurang 30 minit dari Bandar Sandakan. -
Setelah sampai, pergi ke pelantaran bri makanan di mana pelawat boleh bergerak secara bebas. Anda dikelilingi oleh hutan Dipterocarp Tanah Rendah Tropika. Pada pukul 10 pagi, perhatikan ranger pusat menjalankan aktiviti pemulihan orang utan liar yang berhabitat di persekitaran hutan. -
Selepas melawat pusat pemulihan, balik ke Bandar Sandakan untuk menghayati pemandangan panoramik di Tokong Cina Puh Jih Syh. -
Makan tengah hari di restoran. -
Selepas makan, berangkat ke lapangan kapal terbang untuk balik ke Kota Kinabalu. |    | - Lawatn Tamat - Lawatan ini termasuk : 1 malam pnginapan di chalet pulau (chalet biasa atau dilengkapi bilik air), pengangkutan ulang-alik, bayaran masuk, 2 makan tengah hari, 1 makan malam dan 1 sarapan.(Tidak termasuk bayaran kamera dan video kamera) Barang harus dibawa : Memakai T-Shirt yang selesa dengan seluar panjang atau pendek, kasut yang bagus, penghalau serangga, baju hujan, topi, binokular, krim pelindung cahaya matahari. PENTING - Sila ambil perhatian bahawa Taman Negara Sabah hanya membenarkan pelawat mengambil gambar penyu tanpa menggunakan flash..
- Video/ Video Kamera Digital tidak dibenarkan.
- Taman Sabh juga tidak membenarkan pelawat bersiar-siar di sekeliling pulau bersendirian dari pukul 6 patang hingga 6 pagi.
|
Kembali
|